Perdana Menteri, Wen Jiabao dalam sidang akhbar di Beijing hari ini berkata, hampir 90% peluang kerja ditawarkan oleh syarikat kecil dan sederhana. Oleh itu, meningkatkan sokongan terhadap syarikat tersebut merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk mengurangkan kadar pengangguran.
Menurut beliau, kerajaan akan menjadikan usaha menambah peluang kerja sebagai tugas utama dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara, dan kerajaan akan terus berusaha dengan gigih untuk memastikan masalah tersebut ditangani dengan jayanya.