Cari:
Wen Jiabao: LDC Tidak Boleh Diketepikan dalam Krisis Kewangan Global 
2009-03-13 13:55:04 CRI Cetak
Negara-negara yang paling kurang membangun atau LDC tidak boleh diketepikan dalam krisis kewangan dunia sekarang. Sidang Kemuncak G20 yang akan diadakan di London patut meletakkan misi membantu negara-negara membangun, terutamanya LDC sebagai agenda utama.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Wen Jiabao ketika menjawab pertanyaan wartawan Afrika Selatan dalam sidang akhbar hari ini selepas penutupan sidang tahunan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11.

Wen Jiabao berkata, Matlamat Pembangunan Milenium PBB tidak boleh diubah. China merupakan negara membangun yang terbesar di dunia. Sebelum 2008, China telah melupuskan hutang sejumlah lebih 40 bilion Yuan RMB yang ditanggung oleh 46 buah negara yang paling kurang membangun.

Pada tahun 2008, China berjanji akan melupuskan semua hutang negara-negara paling kurang membangun yang belum dibayar setakat penghujung tahun itu. Selain itu, China juga melaksanakan tarif sifar bagi 95% barangan import dari negara LDC ke China.

Beliau juga menyatakan bahawa China akan membantu negara-negara Afrika membina lebih banyak hospital dan sekolah, menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar Afrika yang ingin melanjutkan pelajaran ke China serta menghantar lebih banyak ahli perubatan dan tenaga pengajar ke negara-negara paling kurang membangun di benua itu bagi membantu pembangunan sektor perubatan dan pendidikan tempatan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China