Cari:
Sidang NPC Membuktikan Proses Membuat Dasar China Semakin Terbuka dan Telus
2009-03-13 16:36:56 CRI Cetak

Sidang Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China berakhir di Beijing hari ini. Walaupun tempoh berlangsungnya sidang ini lebih singkat daripada sidang pada tahun yang lalu, kerana krisis kewangan global yang sedang merebak, namun sidang NPC ini memberikan kesan yang mendalam kepada semua orang kerana terbukanya dan telusnya proses membahaskan dan menggubal dasar yang ditunjukkan.

Akhbar "Neuvelles D' Europe" Perancis mengeluarkan rencana yang menyebut bahawa laporan belanjawan kerajaan yang dibuat dalam sidang NPC ini merupakan salah satu agensa yang paling penting. Terdapat data dan graf yang jelas, selaras dengan laporan belanjawan yang dikemukakan oleh kerajaan tahun ini. Selain itu, perbelanjaan dalam beberapa sektor yang menarik perhatian ramai seperti pertanian, pendidikan, kesihatan dan jaminan sosial juga tercakup dalam laporan tahun ini.

Banyak cadangan yang konkrit yang dibincangkan dalam sidang NPC tahun ini yang dapat dihayati oleh rakyat biasa. Contohnya, selepas laporan kerja Perdana Menteri diumumkan, seorang wanita biasa telah menyatakan bahawa kandungan laporan tersebut konkrit dan berjaya menjelaskan banyak perkara yang menarik perhatian beliau. Jadi beliau yakin terhadap usaha kerajaan pada masa akan datang.

Sekarang ini, dengan perkembangan politik China yang demokratik, teratur dan sihat, sidang NPC bergerak dengan cara yang semakin terbuka dan telus. Banyak kemudahan baru yang disediakan bagi sidang NPC bermula pada tahun yang lalu. Antaranya, perkhidmatan isyarat televisyen dan radio awam, serta gambar untuk media secara percuma, sistem internet untuk mendaftar dan menghubungi wakil NPC untuk diwawancara dan pengumuman senarai wakil NPC.

Ketelusan telah ditingkatkan lagi dalam sidang NPC tahun ini. Contohnya, wakil NPC telah menyertai aktiviti komunikasi on-line supaya dapat berhubung dengan para pelayar internet. Lebih 800 orang pemberita asing telah membuat liputan terhadap sidang NPC tahun ini. Sebahagian pegawai tempatan yang merupakan wakil NPC telah mengambil sikap yang terbuka dan telus terang ketika menjawab soalan-soalan yang sensitif daripada para wartawan tersebut. Kesemua ini menunjukkan politik demokratik sosial China bertambah maju.

Di samping itu, rakyat biasa juga telah dapat menyertai sidang NPC ini secara tidak langsung. Mereka dapat menyaksikan persidangan melalui akhbar, radio dan televisyen dan memberikan cadangan dan pandangan melalui internet. Ini bukan sahaja dapat membantu para wakil untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam arena politik, malah juga membantu mereka untuk mengetahui keadaan semasa kehidupan rakyat demi menjadikan rakyat biasa dapat merasai diri mereka sebagai tuan rumah negara ini.

Keterbukaan dan ketelusan sidang NPC akan dapat meningkatkan usaha kerajaan untuk menjadi lebih saintifik dan demokratik. Kini, pertumbuhan ekonomi China sedang menghadapi masalah yang serius, manakala kerajaan pusat terus menerus mengeluarkan langkah untuk menangani impak krisis kewangan global ini dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan stabil.

Pelbagai rangka perbincangan sidang NPC untuk menghadapi krisis kewangan telah dimaklumkan kepada orang awam untuk mendapatkan cadangan dan penelitian daripada mereka. Hal ini amat bermanfaat untuk mengelakkan risiko mengambil dasar yang tidak sesuai dan menanggung kerugian disebabkan membuat pelaburan membuta tuli.

Pada masa yang sama, dalam situasi krisis kewangan global ini, seluruh dunia memberikan perhatian kepada tindakan China dan berharap China akan memberikan sumbangan yang positif dalam menangani krisis ini. Dengan itu, ketelusan sidang NPC ini amat bermakna kepada negara lain untuk mereka mengetahui dasar China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China