Nilai mata wang RMB dijangka terus kekal pada tahap yang stabil.
Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata dalam sidang akhbar di Beijing hari ini, matlamat itu akan diusahakan oleh China sendiri. Sebarang negara lain tidak boleh memberikan tekanan kepada China melalui kenaikan atau penurunan nilai RMB.
Sejak China melakukan pembaharuan terhadap sistem kadar tukaran pada bulan Julai tahun 2005, kadar kenaikan nilai RMB berbanding dolar Amerika mencapai angka 21%. Selepas krisis kewangan yang melanda seluruh dunia mengakibatkan nilai mata wang utama di Eropah dan Asia jatuh dengan ketara, nilai RMB tetap berada pada tahap yang terus melambung. Ini memberikan tekanan yang besar kepada sektor eksport China.