China berharap Perancis dapat menunjukkan pendirian yang jelas dalam isu Tibet.
Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata dalam sidang akhbar di Beijing hari ini, tindakan itu bukan sahaja selaras dengan kepentingan kedua-dua negara, malah selaras dengan kepentingan China-Eropah.
Wen Jiabao berkata, walaupun hubungan China-Perancis mengalami kesulitan dalam tempoh 45 tahun yang lalu, tetapi hubungan kedua-dua pihak secara umumnya bergerak ke depan. Perbuatan pemimpin Perancis menemui Dalai merupakan penyebab utama yang menjejaskan kepentingan China dan melukai hati rakyatnya.