Cari:
Sidang Tahunan NPC Ditutup dengan Jayanya
2009-03-13 10:15:55 CRI Cetak

Persidangan Kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-11 ditutup di Beijing hari ini selepas meluluskan beberapa laporan kerja dan rancangan pembangunan yang diserahkan oleh jabatan-jabatan kerajaan. Ini termasuk, laporan kerja kerajaan, laporan tentang rancangan pembangunan sosioekonomi dan penggunaan belanjawan pada tahun 2009 serta laporan kerja Mahkamah Rakyat Tertinggi dan Jabatan Pendakwa Raya Rakyat Tertinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wu Bangguo ketika berucap menutup persidangan Kongres itu berkata, sidang tahunan NPC kali ini diadakan dengan jayanya berdasarkan prinsip demokrasi. Wakil-wakil NPC melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dalam membahaskan beberapa laporan kerja kerajaan dengan teliti dan aktif mengemukakan cadangan mereka yang mewakili kepentingan dan hasrat bersama rakyat di seluruh negara.

Presiden China, Hu Jintao, Perdana Menteri Wen Jiabao dan pemimpin-pemimpin lain telah menghadiri majlis penutup persidangan Kongres itu pagi tadi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China