
Singapura sekali lagi dianugerah gelaran sebagai "bandar yang paling sesuai didiami di rantau Asia pada tahun ini. Dengan ini, Singapura telah memperoleh gelaran tersebut 10 tahun berturut-turut.

Menurut laporan Akhbar Lianhe Zaopao Singapura, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil tinjauan pendapat yang dilakukan oleh Institut Maklumat dan Konsulat Sumber Manusia Global terhadap 1800 orang profesional warga asing yang menetap di 254 buah bandar di seluruh dunia dari segi cuaca, kualiti udara, perkhidmatan perubatan, kediaman, kemudahan awam serta situasi politik.

Manakala, Sydney, Australia dan Kobe, Jepun menduduki tempat ke-2 dan ke-3 dalam senarai.








