Cari:
NPC Bantah Parlimen Eropah Luluskan Resolusi Berhubung Isu Tibet
2009-03-14 15:47:23 Agensi Berita China Cetak
Petugas Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) semalam mengeluarkan ucapan, untuk membantah keras tindakan Parlimen Eropah yang meluluskan resolusi berhubung isu Tibet.

Petugas itu berkata, Parlimen Eropah berdegil dan tetap meluluskan resolusi tersebut tanpa mempertimbangkan bantahan China kelmarin, dengan tujuan untuk menyokong kegiatan pemisahan tanah air yang dilakukan oleh kumpulan Dalai, dan mengantarabangsakan isu Tibet. Tindakannya itu dianggap sebagai mencampuri urusan dalaman China, dan telah menjejaskan hubungan China-Kesatuan Eropah (EU).

Kata beliau, China amat mengutamakan hubungan dengan Parlimen Eropah, dan menuntut badan itu mengetepikan prasangka, mengambil pendirian yang objektif, dan segera mengambil tindakan yang bermanfaat bagi perkembangan hubungan rakan strategik yang menyeluruh antara kedua-dua pihak.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China