Rencana itu menyebut, pada 7 Mac lalu, Menteri Luar, Yang Jiechi pernah berkata, "Wakil Dalai mengemukakan cadangan untuk menubuhkan apa yang disebut 'Kawasan Kaum Tibet Besar', dan meminta semua tentera kerajaan pusat serta kaum-kaum lain pindah keluar dari kawasan tersebut. Adakah orang begini semata-mata tokoh agama sahaja?" Dalai Lama generasi ke-14 telah memberikan reaksi yang keras terhadap perkara tersebut di Dharamsala, India pada 10 Mac lalu, dengan dakwaan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu, dan meminta Yang Jiechi menunjukkan bukti.
Menurut rencana itu, memang terdapat bukti yang kukuh untuk membongkarkan kebohongan Dalai Lama. Dalam "5 Cadangan tentang Pelan Mewujudkan Keamanan di Tibet" yang dikeluarkan di A.S. pada tahun 1987, dan "7 Cadangan Baru untuk Mewujudkan Keamanan Tibet" yang dikeluarkan di Strasbourg pada tahun 1988, Dalai Lama telah mengemukakan tuntutan yang jelas, iaitu semua pasukan kerajaan pusat diundurkan, dan semua kaum yang lain pindah keluar dari kawasan tersebut. Ditambah dengan beberapa kenyataan yang dilontarkannya beberapa tahun kebelakangan ini, terbuktilah bahawa tuntutan mereka untuk memecahbelahkan tanah air, bukan sahaja belum dibatalkan, malah ditambah lagi banyak permintaan yang tidak masuk akal.