Demikian dinyatakan oleh Panchen Lama ke-11, Erdeni Qoigyi Gyibo ketika menyaksikan Pameran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pembaharuan Demokratik Tibet di Beijing hari ini.
Menurut beliau, pameran tersebut telah memaparkan kehidupan penduduk di Tibet lama yang begitu menderita akibat kekejaman sistem perhambaan feudal. Ia menggambarkan perubahan yang besar yang dialami Tibet sejak pembaharuan demokratik dilaksanakan 50 tahun lalu, yang membolehkan jutaan hamba tani menjadi tuan atas tanah tumpah darah mereka. Fakta tersebut sudah cukup untuk membuktikan bahawa hanya Parti Komunis China sahaja yang dapat membantu mereka mendapat penghormatan dan kebebasan yang patut dinikmati oleh umat manusia.
Beliau menyatakan kesediaannya bagi terus berusaha untuk memberikan sumbangan yang sewajarnya kepada penyatuan negara dan perpaduan bangsa serta keharmonian dan kestabilan Tibet.