Cari:
Punca Isu Pertikaian Kedaulatan Wilayah di Laut China Selatan dan Pendirian China
2009-03-18 18:44:30 CRI Cetak

Dalam isu pertelingkahan kedaulatan pulau-pulau di Laut China Selatan, China memang mempunyai hak kedaulatan yang tidak dapat dipertikaikan. China mengekalkan bahawa pertikaian itu perlu diselesaikan melalui rundingan damai.

1. Punca isu pertikaian kedaulatan wilayah di Laut China Selatan

Chinalah yang pertama menemukan dan menamakan Kepulauan Nansha, dan juga yang paling awal menjalankan kuasa pentadbiran di kepulauan tersebut. Hal ini mempunyai bukti sejarah dan undang-undang yang kukuh. Masyarakat antarabangsa juga mengiktiraf fakta tersebut sejak itu. Dalam tempoh Perang Dunia Kedua, Jepun melancarkan serangan terhadap China, dan menduduki kebanyakan wilayah China, termasuk Kepulauan Nansha. Kenyataan Kaherah, Perisytiharan Postdam dan dokumen-dokumen antarabangsa yang lain memutuskan bahawa semua wilayah China yang diceroboh oleh Jepun perlu dikembalikan kepada China. Ini pastilah termasuk Kepulauan Nansha. Pada bulan Disember 1946, kerajaan China menghantar pegawai kanan ke Kepulauan Nansha untuk menghadiri upacara pengambilalihan pulau tersebut, membina tugu peringatan dan menempatkan tentera untuk menjaga Kepulauan itu. Pada tahun 1952, kerajaan Jepun secara rasmi menyatakan bahawa pihaknya "melepaskan semua hak dan tuntutan terhadap Taiwan, Kepulauan Pescadores, Kepulauan Nansha dan Kepulauan Xisha.", dan dengan itu, Kepulauan Nansha dikembalikan secara rasmi kepada China.

Sebelum tahun 1975, Vietnam memang mengiktiraf kedaulatan China terhadap Kepulauan Nansha. Filipina, Malaysia dan negara-negara lain tiada sebarang dokumen undang-undang atau ucapan pemimpin yang menyatakan perlingkungan wilayah negaranya mencakupi Kepulauan Nansha. Banyak negara dan resolusi sidang antarabangsa juga mengiktiraf bahawa Kepulauan Nansha merupakan wilayah China. Contohnya, resolusi No. 24 yang diluluskan dalam Sidang Penerbangan Rantau Lautan Pasifik Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabang (ICAO) pada tahun 1955 menuntut pihak berkuasa Taiwan China meningkatkan pencerapan cuaca di Kepulauan Nansha. Tiada seorang wakil pun yang menentang atau tidak setuju dengan resolusi itu dalam sidang tersebut. Peta kebanyakan negara juga menandakan Kepulauan Nansha sebagai wilayah China dalam peta terbitan mereka.

2. Pendirian dan dasar China dalam penyelesaian isu pertikaian kedaulatan wilayah di Laut China Selatan dan dasar penyelesaian pertikaian Nansha

Kerajaan China sentiasa memegang pendirian bahawa pertikaian antarabangsa patut diselesaikan melalui rundingan damai. Oleh sebab itu, China telah berjaya menyelesaikan isu sempadan dengan beberapa buah negara jiran melalui rundingan dua hala dalam suasana adil, saksama, dan harmoni. China juga bersedia menyelesaikan pertikaian yang berkait tuntutan wilayah di Laut China Selatan melalui rundingan damai dengan negara-negara yang berkenaan berdasarkan Undang-undang Antarabangsa dan Undang-undang Maritim Antarabangsa. Mengenai isu tersebut, kerajaan China mengemukakan cadangan "mengetepikan pertikaian, meneroka bersama-sama", bersedia bekerjasama dengan neagra-negara berkenaan sebelum masalah diselesaikan. Beberapa tahun kebelakangan ini, China telah mengadakan rundingan sedemikian sebanyak beberapa kali dan mencapai kata sepakat dengan negara-negara berkenaan.

Pada 4 November 2002, menteri luar dan wakil menteri luar China dan neagra-negara ASEAN telah menandatangani Perisytiharan Tatalaku Pelbagai Pihak di Laut China Selatan di Phnom Penh. Perisytiharan itu menentukan bahawa China dan ASEAN akan berusaha untuk meningkatkan hubungan rakan dan kejiranan yang saling mempercayai, serta bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan di rantau Laut China Selatan. Perisytiharan itu juga menegaskan bahawa pertikaian di Laut China Selatan perlu diselesaikan melalui rundingan damai. Sebelum pertikaian itu diselesaikan, semua pihak yang terlibat berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh menjadikan pertikaian itu lebih kompleks atau lebih buruk, serta mencari jalan untuk mewujudkan rasa saling mempercayai, meliputi kerjasama dalam perlindungan alam sekitar lautan, operasi mencari dan menyelamat, serta pembanterasan jenayah transnasional.

Perisytiharan itu merupakan dokumen politik pertama antara China dengan ASEAN tentang isu pertikaian di Laut China Selatan. Ia amat penting untuk memelihara kedamaian dan kestabilan rantau ini, serta meningkatkan rasa saling mempercayai antara China dengan ASEAN.

Isu pertikaian wilayah di Laut China Selatan merupakan isu antara China dengan negara-negara yang berkenaan. Sebarang kuasa luar tidak boleh campur tangan, kerana ini akan menjadikan situasi lebih kompleks. China dan negara-negara yang terlibat mempunyai kemampuan dan keyakinan yang penuh untuk menyelesaikan pertikaian dengan sempurna.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China