Pembebasan sejuta hamba tani 50 tahun lalu merupakan kegemilangan Tibet dalam usaha memperjuangkan hak asasi manusia.
Demikian dinyatakan oleh sarjana ilmu Tibet, Tenzin Chepa pada Seminar Peringatan Ulang Tahun Ke-50 Pembaharuan Demokrasi Tibet di Beijing hari ini.
Beliau berkata, dengan pelaksanaan pembaharuan demokrasi, wajah Tibet banyak berubah. Sistem pendidikan moden dibentuk; taraf hidup penduduk tempatan meningkat dengan nyata; serta memelihara sejumlah besar karya klasik dan sastera kalangan rakyat.
Menurut beliau, tindakan menetapkan 28 hb Mac sebagai "Hari Peringatan Pembebasan Sejuta Hamba Tani Tibet" ialah peristiwa penting dalam sejarah pembangunan Tibet.