Perbuatan Dalai menyifatkan dirinya sebagai "pemimpin kerohanian" di Tibet sangat tidak sesuai.
Demikian pandangan Ketua Delegasi Tibet Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Sami Besar Shingtsa Tenzinchodrak ketika diwawancara oleh media asing di Washington semalam.
Menurut beliau, selain agama Buddha Tibet, di wilayah itu juga wujud agama-agama lain. Dalai bukan sahaja seorang tokoh agama, malah seorang tokoh politik yang berada dalam buangan.
Sami besar itu berkata, kerajaan pusat selalu menunjukkan sikap dan dasar yang jelas terhadap Dalai. Pihak berkenaan perlu segera menghentikan kegiatan memecah belahkan tanah air. Hanya dengan demikian, rundingan dengan kerajaan baru dapat mencapai kemajuan.
Naib ketua delegasi itu, Ngawang pula berkata, ramai pemberita dari dalam dan luar negara dialu-alukan untuk membuat liputan di Tibet setiap tahun supaya menceritakan keadaan sebenar wilayah itu kepada dunia luar.