Ekonomi Tibet berkembang pesat, taraf hidup penduduknya semakin meningkat dan pelbagai usaha sosial terus berkembang maju selepas pelaksanaan pembaharuan demokratik di Tibet 50 tahun lalu.
Ketua Delegasi Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) etnik Tibet, Sami Besar Shingtsa Tenzinchodrak berkata, dasar kebebasan beragama juga dilaksanakan secara menyeluruh di Tibet. Kini, kebudayaan tradisional Tibet bukan sahaja mengekalkan keunikannya sendiri, malah juga dicampur unsur-unsur zaman moden.
Beliau berkata demikian semasa bertemu ramah dengan saudara setanah air etnik Tibet dan sarjana perantau China di New York, A.S. semalam. Mereka telah diberitahu mengenai perubahan besar yang berlaku dalam tempoh 50 tahun pelaksanaan pembaharuan demokratik di Tibet dan mengemukakan pandangan dan cadangan tentang pembangunan sosioekonomi Tibet.
Sarjana perantau China dan saudara setanah air etnik Tibet di New York menyatakan sejarah dan keadaan semasa Tibet yang diterangkan oleh anggota delegasi melalui pengalaman mereka sendiri benar-benar meyakinkan orang ramai.