Cari:
Tibet tidak Terkena Impak Buruk Krisis Kewangan Global
2009-03-21 16:05:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tibet belum terkena impak buruk krisis kewangan global.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Delegasi Tibet Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Sami Besar Shingtsa Tenzinchodrak ketika diwawancara oleh media asing di Toronto, Kanada semalam.

Menurut beliau, disebabkan kerajaan pusat meningkatkan peruntukan kepada Tibet dan mendorong pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi, maka wilayah itu tidak ditimpa impak buruk krisis itu.

Sami besar itu pula berkata, kerajaan pusat selalu menunjukkan sikap dan dasar yang jelas terhadap Dalai. Jika Dalai menghentikan kegiatan memecahbelahkan tanah air, rundingan dengan kerajaan pusat boleh dibuat pada bila-bila masa.

Konsep "Kawasan Etnik Tibet Besar" yang dicadangkan oleh Dalai tidak boleh diterima oleh kerajaan pusat. Konsep itu ialah membina sebuah kawasan yang didiami etnik Tibet dari Wilayah Autonomi Tibet, provinsi Qinghai, Sichuan, Gansu dan Yunnan, melaksanakan pentadbiran autonomi di kawasan tersebut dan semua penduduk etnik lain dipindahkan dari kawasan tersebut. Cadangan Dalai tersebut telah merosakkan kedaulatan negara.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China