Pembaharuan demokrasi Tibet mewujudkan perubahan sistem masyarakat di Tibet. Kenyataan membuktikan bahawa, Parti Komunis China telah menjadikan petani hamba mendapat kehormatan dan kebebasan.
Harian Renminribao akan menerbitkan rencana yang ditulis oleh Panchen Erdeni Qoigyi Gyibo, iaitu Panchen ke-11 untuk memperingati ulang tahun ke-50 pembebasan sejuta petani hamba Tibet esok.
Menurut rencana tersebut, dalam tempoh 50 tahun yang lalu, Wilayah Autonomi Tibet menguruskan dan membangunkan pelbagai usaha di wilayah itu, memastikan kebebasan penduduk untuk mewarisi dan membangunkan kebudayaan tradisional serta kebebasan beragama. Tibet yang baru sedang membangun dengan cepat dalam proses modenisasi sosialisme yang bercirikan China, dan telah mencapai prestasi yang cemerlang. Pelbagai kalangan masyarakat Tibet perlu menghargai prestasi itu.