Naib Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam forum tersebut berkata, bahawa China penuh yakin, memenuhi syarat dan berkemampuan untuk mengekalkan arah aliran perkembangan ekonominya dengan mantap dan agak pesat. Beliau menambah bahwa China akan terus melaksanakan dasar pintu terbuka dan bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menghadapi krisis ekonomi.
Sejak awal bulan Oktober tahun lalu, pengeluaran industri China mengalami kelembapan yang nyata, dan jumlah perdagangan dengan luar telah menurun. Banyak syarikat menghadapi kesukaran, manakala tekanan menyediakan peluang kerja menjadi lebih serius. Jumlah pendapatan merosot hingga meningkatannya menjadi minus, perkara yang jarang berlaku sejak sekian lama. Menurut Li Keqiang dalam forum tersebut, pertumbuhan ekonomi China sekarang masih menduduki tempat terdepan di dunia, dan arah aliran perkembangan ekonominya adalah baik bagi jangka masa yang panjang.
Li Keqiang menyatakan bahawa China akan terus melaksanakan dasar kewangan yang positif dan dasar mata wang yang longgar, berusaha meningkatkan permintaan dalam negeri, khususnya permintaan barang pengguna, memajukan penyusunan semula struktur ekonomi, terutamanya untuk menyingkatkan kualiti perkembangan ekonomi dan menjimatkan sumber tenaga serta melindungi alam sekitar. China juga akan melaksanakan secara menyeluruh penyusunan semula industri yang penting dan rancangan merangsang ekonomi, menyokong pembaharuan teknologi dari syarikat, menjayakan pembangunan sektor perkhidmatan yang moden, melaksanakan pembaharuan dalam bidang harga barangan, cukai, kewangan dan syarikat milik negara, meningkatkan pembangunan sistem jaminan sosial, memperbaiki kehidupan rakyat, khususnya melaksanakan pembaharuan sistem ubat-ubatan dan kesihatan serta lain-lain.
Presiden Bank Pembangunan Asia, Haruhiko Kuroda berkata dalam forum itu bahawa China hari ini lebih berkemampuan untuk menangani kesan krisis kewangan luar negeri berbanding dengan krisis kewangan Asia yang berlaku pada 10 tahun yang lalu. China telah mlebih kuat dari segi kewangan dan kedudukan antarabangsanya kukuh sejak melaksanakan dasar ekonomi yang berhati-bati selama beberapa tahun ini.
Li Keqiang juga menyatakan bahawa China meningkatkan pelaksanaan dasar pintu terbuka secara berterusan, dan menentang perlindungan perdagangan. Beliau menyatakan bahawa krisis kewangan global sekarang ini merupakan cabaran bersama yang dihadapi oleh semua manusia, jadi tindakan bersama patut dilaksanakan di peringkat global untuk menangani krisis tersebut.
Beliau menyatakan bahawaDi samping menguruskan perkara dalam negaranya sendiri, China sebagai sebuah negara membangun yang bertanggung jawab juga bersedia untuk memainkan peranan yang lebih positif dalam kerjasama antarabangsa untuk menangani krisis kewangan sejagat dan bekerjasama dengan pelbagai negara di dunia untuk mencapai perkembangan ekonomi global yang baru pada masa yang akan datang.