Lhasa akan dibangunkan menjadi destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang lebih mempesonakan dan terbuka dalam tempoh 10 tahun akan datang.
"Pelan Induk Pembangunan Bandar Lhasa 2009-2020" telah diluluskan oleh Dewan Negara baru-baru ini.
Menurut pelan tersebut, Lhasa akan diperkenalkan sebagai pusat pelancongan seluruh wilayah Tibet dan juga destinasi pertama dalam pakej pelancongan ke Asia Selatan. Lhasa akan menjadi satu destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang menawarkan pemandangan dataran tinggi yang indah.
Untuk melaksanakan pelan tersebut, kerajaan Lhasa terus meningkatkan perlindungan terhadap tapak peninggalan sejarah dan warisan budaya penduduk tempatan. Ia juga memperbaiki dan menaiktaraf kemudahan sokongan untuk para pelancong, membina pusat perkhidmatan pelancong dan kemudahan pengangkutan awam yang lebih moden, serta menyempurnakan perkhidmatan pelancongan bersepadu yang meliputi makanan, minuman, penginapan, hiburan dan beli-belah.
Berdasarkan ramalan jabatan pentadbiran pelancongan Lhasa, bandar tersebut akan mampu menerima 12 juta orang pelancong menjelang tahun 2020.