Kegiatan kumpulan pemisah Dalai Lama yang menghasut penduduk "berhenti menanam" tidak akan mendapat sokongan sebaliknya akan menyingkap niat jahat kumpulan itu.
Demikian dinyatakan dalam rencana yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Xinhua semalam.
Menurut rencana itu, orang ramai mengetahui bahawa bahan makanan sangat penting bagi kehidupan. Namun, rakyat di beberapa kawasan pertanian dan penternakan di provinsi Sichuan tidak menjalankan kegiatan penanaman pada musim bunga kerana terpengaruh dengan hasutan kumpulan pemisah Dalai Lama. Ini menunjukkan tindakan itu merupakan salah satu cara "tidak bekerjasama tanpa kekerasan" yang dilakukan oleh Dalai untuk mengelirukan rakyat dan menjejaskan pembangunan sosioekonomi China.








