Cari:
Entiti Ekonomi Baru Berusaha Mengatasi Krisis Kewangan
2009-03-26 15:44:21 CRI Cetak

Krisis kewangan yang mula merebak di seluruh dunia pada setengah tahun kedua tahun yang lalu telah mengakibatkan entiti ekonomi maju di dunia termasuk A.S., Jepun dan Eropah mengalami kemerosotan. Sementara itu, entiti ekonomi yang baru termasuk China, Brazil dan India juga terjejas akibat krisis kewangan tersebut.

Pada beberapa tahun yang lalu, entiti ekonomi yang baru telah berkembang pesat dan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ekonomi dunia. Namun, krisis kewangan yang melanda seluruh dunia juga menjejaskan entiti ekonomi tersebut. Menurut jangkaan IMF pada 28 Januari lalu, kadar perkembangan entiti ekonomi baru dan entiti ekonomi membangun pada tahun ini akan menurun kepada 3.3% daripada 6.3% pada tahun yang lalu. Pakar ekonomi dari India, J. T. Jacob menyatakan bahawa India dan entiti ekonomi baru yang lain perlu menyusun semula struktur ekonomi mereka. Katanya, "China dan A.S. telah menyusun semula struktur ekonomi mereka dan mengambil langkah yang berkenaan untuk merangsang ekonomi. Negara-negara yang lain juga perlu menyusun semula struktur ekonomi masing-masing."

Pengerusi Persatuan Perdagangan Argentina-China, Luis Alberto Bussio menyatakan bahawa usaha mengatasi krisis kewangan tidak boleh hanya bergantung kepada subsidi kerajaan. Katanya, "Argentina tidak mempunyai kredibiliti kredit antarabangsa. Bantuan dan subsidi daripada kerajaan pada syarikat hanya bergantung kepada rizab wang asing bank pusat negara. Sukarlah bagi Argentina mengatasi masalah kenaikan nilai dolar Amerika jikalau jumlah rizab wang asing negaranya menurun secara besar-besaran."

Mexico merupakan entiti ekonomi kedua terbesar di Amerika Latin. Negara itu dilanda krisis kewangan yang teruk kerana hubungan ekonominya dengan A.S. amat erat. Pakar dari negara itu, Enrique Dussel berkata,

(rakaman ketiga keluar)

"Masa depan pertumbuhan ekonomi di Amerika Latin, termasuk Mexico amat membimbangkan. Negara-negara tersebut perlu mengutamakan strategi perkembangan jangka masa panjang."

Pakar ekonomi terkenal dari Brazil, Josue Souto Maior Mussalem pula berkata, "Masyarakat antarabangsa perlu berusaha memulihkan kestabilan sistem kewangan sejagat, merangsang aktiviti kredit, meningkatkan penggunaan antarabangsa dan meningkatkan pasaran antarabangsa demi menghapuskan rintangan perdagangan. Selain itu, negara-negara di dunia juga perlu berusaha mengatasi masalah pengangguran."

Pakar dari India, J. T. Jacob berkata, "China dan India merupakan negara yang besar di Asia. Kedua-dua negara ini perlu bekerjasama untuk mengatasi krisis kewangan."

Luis Alberto Bussio juga berkata, "Argentina perlu meningkatkan hubungan perdagangan dengan negara-negara Amerika-Latin yang lain seperti Brazil. Selain itu, Argentina perlu berusaha meneroka pasaran serantau."

Josue Souto Maior Mussalem berkata, "Brazil akan berusaha memulihkan pertumbuhan ekonomi dunia. Negara-negara lain perlu memberikan sumbangan untuk mengatasi krisis kewangan pada masa sekarang.."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China