Cari:
Parlimen Eropah Diharap Memahami Keadaan Sebenar di Tibet
2009-03-27 11:41:12 CRI Cetak

China berharap anggota Parlimen Eropah dapat lebih memahami keadaan sebenar di Tibet supaya dapat menangani isu Tibet dengan sebaik-baiknya.

Demikian harapan yang disuarakan oleh ketua misi China ke Kesatuan Eropah (EU), Duta Besar Song Zhe dalam sepucuk surat terbuka kepada Parlimen Eropah sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Pembebasan Petani Hamba di Tibet pada 28 Mac.

Menurut surat itu, pembangunan Tibet sedang berada pada tahap yang paling baik, iaitu sosioekonomi berkembang maju, taraf hidup penduduk semakin meningkat, perpaduan antara pelbagai kaum serta suasana yang aman dan damai.

Song Zhe berkata, Dalai, sebagai pembela sistem petani hamba feudal, tidak pernah menghentikan kegiatan memecahbelahkan tanah air.

Beliau menegaskan, Tibet merupakan sebahagian daripada wilayah China dan isu Tibet merupakan urusan dalam negeri. China menentang sebarang campur tangan negara dan badan terhadap urusan dalam negeri dengan menggunakan isu tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China