Cari:
Kumpulan Pakar tentang Ilmu Tibet China Memperkenalkan Tibet di A.S
2009-03-27 16:13:47 CRI Cetak

Mereka juga bertemu bual dengan pelajar-pelajar China yang melanjutkan pelajaran di sana, wakil-wakil masyarakat keturunan China dan perantau China serta mengadakan seminar di Universiti Maryland. Kumpulan pakar tentang ilmu Tibet ini juga telah menjelaskan sejarah dan pembangunan sosioekonomi di Tibet serta usaha kerajaan pusat dalam melindungi budaya dan alam sekitar di Tibet. Mereka telah menjelaskan prasangka dan kesalahfahaman masyarakat peringkat asas di Amerika Syarikat terhadap isu Tibet.

Ketua Pengarah Institut Ilmu Etnik dan Manusia Akademi Sains Sosial China Encik Hao Shiyuan berkata bahawa pertama saya akan membetulkan kesalahfahaman pandangan masyarakat barat terhadap isu Tibet melalui perbincangan dengan mereka. Kedua saya akan memperkenalkan keadaan dan sejarah Tibet yang sebenar dan ketiga membuka saluran pertukaran yang baru melalui perbincangan tersebut. Pensyarah etnik Tibet dari Institut Hal Ehwal Luar China, Wen Quan berkata bahawa media negara-negara barat dalam rencana mereka mengambil pendapat yang kurang tepat, penuh prasangka dan pemesongan fakta, terutamanya kerana mereka kurang jelas tentang keadaan di Tibet yang sebenarnya. Oleh itu, amat perlu bagi saya memperkenalkan Tibet yang sebenarnya kepada mereka.

Seorangpelajar dari American Universiti, Sun Taiyi berkata bahawa baginya keadaan yang sebenar di Tibet bukan sahaja berwambah jelas melalui pengenalan yang dibuat oleh para pakar tersebut, malah ia sekarang sudah mempu berbincang dengan lebih berkesan tentang isu Tibet dengan rakan-rakannya. Pelajar dari Universiti Virginia, Zhang Chong pula berkata bahawa Pusat Penyelidikan Ilmu Tibet adalah besar berbanding dengan pusat-pusat lain di A.S dan pelajarnya kerap mengadakan perbincangan tentang isu Tibet. Namun, para penyelidik dan pelajarnya mempunyai prasangka dan salahfaham terhadap isu ini.

Seminar dengan tema "Perlindungan Budaya dan Ekologi dalam Proses Pembangunan secara Besar-Besaran di Barat" yang dianjurkan oleh kumpulan pakar ilmu Tibet tersebut telah diadakan di Institut Konfusius Universiti Maryland. Matlamatnya adalah untuk memperkenalkan sejarah dan keadaan yang sebenar tentang perlindungan budaya dan ekologi di kawasan barat China kepada para pensyarah dan pelajar China dan luar negeri.

Rebecca Mcginnis, pensyarah Institut Konfusius Universiti Maryland berkata bahawa penyelidikan oleh pakar ilmu Tibet ini telah menyediakan saluran yang baru kepada mereka untuk menjelaskan keadaan Tibet.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China