Perhimpunan Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pembebasan Petani Hamba di Tibet diadakan di Lhasa hari ini.
Perhimpinan itu bermula pada pukul 10.00 pagi tadi, dan dipengerusikan oleh Qangba Puncog, Pengerusi Wilayah Autonomi Tibet.
Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Tibet Parti Komunis China, Zhang Qingli ketika berucap pada perhimpunan itu berkata, pembaharuan demokrasi di Tibet merupakan peristiwa penting dalam sejarah kempen menghapuskan sistem perhambaan, tanda kemajuan dari segi hak asasi manusia, dan juga sumbangan besar China kepada pergerakan demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia dunia.
Pada 28 Mac 1959, China mula melaksanakan pembaharuan demokrasi di Tibet dengan menghapuskan sistem perhambaan feudal yang menggabungkan politik dengan agama. Dengan melaksanakan pembaharuan itu, sejuta petani hamba di Tibet dibebaskan. Pada bulan Januari tahun ini, badan perundangan Tibet membuat keputusan untuk menetapkan 28 Mac sebagai hari peringatan peristiwa tersebut.
Zhang Qingli menegaskan, kerajaan pusat akan terus mendorong pembangunan ekonomi Tibet, memperhebat pembangunan sosial yang meningkatkan kualiti kehidupan penduduk tempatan, di samping memelihara keselamatan negara dan kestabilan wilayah tersebut.