Cari:
Pemimpin-pemimpin Negara Kunjungi "Pameran Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Pembaharuan Demokrasi Tibet"
2009-03-28 12:39:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sempena sambutan "ulang tahun ke-50 pembebasan petani hamba di Tibet", pemimpin negara dan Parti Komunis China (PKC), termasuk Hu Jintao, Wu Bangguo, Wen Jiabao, Jia Qinglin, Li Changchun, Xi Jinping, Li Keqiang, He Guoqiang dan Zhou Yongkang telah mengunjungi "Pameran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pembaharuan Demokrasi Tibet" di Istana Kebudayaan Kebangsaan di Beijing bau-baru ini.

Hu Jintao berkata, perubahan besar yang berlaku di masyarakat Tibet selepas pembaharuan demokrasi membuktikan bahawa hanya di bawah pimpinan PKC dengan mengamalkan sistem sosialisme, pembangunan sosial dan ekonomi Tibet baru dapat mencapai kemajuan, rakyat Tibet baru dapat menjadi tuan negara bersama dengan rakyat seluruh negara agar bersama-sama mewujudkan dan menikmati kehidupan sejahtera.

Hu Jintao menegaskan, kerajaan China akan mempercepat pembangunan ekonomi Tibet, memperbaiki taraf hidup rakyat Tibet terutamanya golongan petani dan penternak, memelihara kestabilan tempatan, mengayunkan langkah yang baru untuk membangunkan masyarakat ke arah berpadu, demokratik, makmur dan harmoni di Tibet bagi mencipta masa depan Tibet yang lebih cerah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China