Cari:
77 Orang Terkorban dalam Kejadian Empangan Pecah Indonesia
2009-03-28 16:30:27 CRI Cetak

Kejadian empangan pecah berlaku di pinggir Jakarta, Indonesia semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya 77 orang terkorban, dan lebih 100 orang lagi hilang.

Demikian dimaklumkan oleh Jurucakap Agensi Penyelarasan Bencana Negara Indonesia, Priyadi Kardono hari ini. Pasukan Pencari dan Penyelamat yang terdiri daripada anggota tentera, polis dan sukarelawan sedang menjalankan tindakan menyelamat.

Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam Pakaya berkata, limpahan air deras dari empangan itu memusnahkan lebih 300 buah rumah, sekolah dan masjid. Selain lebih 700 buah bangunan ditenggelami air. Katanya, setakat ini, masih ramai mangsa yang hilang belum ditemui, jumlah mangsa terkorban dijangka akan terus naik.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China