Cari:
Perhimpunan Menyambut Ulang Tahun ke-50 Pembebasan Tani Hamba Diadakan di Tibet
2009-03-28 17:02:01 CRI Cetak

Kongres Rakyat Wilayah Autonomi Tibet China meluluskan resolusi pada Januari lalu untuk menetapkan 28 hb March setiap tahun sebagai Hari Peringatan Pembebasan Tani Hamba Tibet. Hari ini merupakan Hari Peringatan Pembebasan Tani Hamba Tibet pertama. Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China Wilayah Autonomi Tibet, Zhang Qingli dalam Perhimpunan Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pembebasan Tani Hamba yang diadakan di Lhasa hari ini menyatakan bahawa Tibet mencapai kemajuan yang besar dalam tempoh 50 tahun yang lalu, penduduk di wilayah itu hidup bahagia. Sehingga tahun 2020, Tibet akan berjaya membangunkan masyarakat yang kaya.

 

Seramai lebih 13 ribu or

ang wakil dari pelbagai lapisan masyarakat Tibet telah menyertai perhimpunan tersebut. Tsondre yang berumur 69 tahun merupakan bekas tani hamba di Tibet. Beliau berkata, "Pada zaman dahulu, sejuta orang tani hamba di Tibet seperti saya menderita kesengsaraan dan diseksa oleh pemilik tani hamba. Kami tinggal di rumah yang usang atau tinggal di kandang lembu dan kuda. Pemilik tani hamba menyediakan majistret di rumah dan menjatuhkan hukuman yang kejam kepada tani hamba."

Pada masa itu, jumlah pemilik abdi dan tani hamba hanya menduduki 5% dalam jumlah penduduk di Tibet. Manakala, mereka memiliki majoriti tanah dan kemudahan pengeluaran. Tetapi abdi dan tani hamba tidak memiliki bahan pengeluaran, malah kebebasan dan nyawa mereka juga tidak terjamin.

Pada tahun 1951, kerajaan pusat dan kerajaan tempatan Tibet memeterai "Perjanjian Pembebasan secara Damai Tibet" dan pembebasan telah diwujudkan di Tibet secara damai. Tetapi kumpulan pemerintah Tibet telah mengadakan pemberontakan bersenjata dengan hasutan dan sokongan imperialis pada tahun 1959. Kerajaan pusat telah berjaya menumpaskan pemberontakan tersebut dan memansuhkan sistem perhambaan di Tibet dengan pelaksanaan pembaharuan demokrasi. 28 March merupakan tarikh yang mula menjalankan pembaharuan demokrasi tersebut.

Bermula pada itu, lebih sejuta orang tani hamba di Tibet telah menikmati kebebasan dan menjadi tuan sendiri. Zhang Qingli menyatakan bahawa pembaharuan demokrasi di Tibet tersebut telah memberi sumbangan yang besar terhadap usaha hak asasi manusia di dunia. Katanya, "memansuhkan sistem perhambaan dan membebaskan lebih sejuta orang tani hamba di Tibet merupakan kemajuan besar dalam usaha hak asasi manusia dunia. Parti Komunis China dan rakyat China telah memberi sumbangan yang besar terhadap demokrasi, kebebasan dan perkembangan hak asasi manusia di dunia.

Tsondre menyatakan bahawa taraf hidup penduduk di Tibet kian tinggi, dan mereka hidup semakin selesa. Infrastruktur di wilayah itu kian maju, Penduduk Tibet mampu membina rumah baru serta membeli telefon dan TV, dan kanak-kanak mereka dapat bersekolah.

Pada tahun 2008, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Tibet mencatat angka 39.6 bilion yuan RMB dan meningkat 65 kali ganda berbanding dengan tahun 1959. Keluasan perumahan per kapita penduduk Tibet mencatat angka 33 meter persegi. Seiring dengan taraf hidup dan taraf perkhidmatan perubatan yang kian tinggi, jangka hayat purata penduduk Tibet telah meningkat kepada 67 tahun pada masa sekarang daripada 36 tahun pada masa lampau. Mereka juga menikmati hak politik yang tinggi. Terdapat 78% kakitangan kerajaan pelbagai peringkat di Tibet merupakan penduduk etnik Tibet dan etnik minoriti yang lain. Selain itu, kerajaan pusat menyediakan peruntukan dalam jumlah yang besar untuk melindungi benda budaya dan sejarah di Tibet. Budaya etnik Tibet dan penyelidikan ilmu Tibet mencapai perkembangan yang besar.

Zhang Qingli menyatakan bahawa kerajaan berusaha mengembangkan ekonomi Tibet, meningkatkan taraf hidup dan jumlah pendapatan penduduk di Tibet. Menurutnya, perjuangan terhadap kumpulan Dalai Lama bukan isu tentang etnik, agama atau hak asasi manusia, manakala perjuangan yang berkait dengan kedaulatan dan keutuhan wilayah negara. Kerajaan dan rakyat akan bersama-sama mementang sebarang aktiviti pemisahan, berusaha memelihara keselamatan negara dan kestabilan di Tibet.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China