Menstabilkan pasaran kewangan antarabangsa dan meningkatkan keyakinan rakyat dan syarikat dengan secepat mungkin amat penting dalam usaha menangani krisis kewangan dan memulihkan pertumbuhan ekonomi dunia. Presiden China, Hu Jintao berkata demikian ketika membentangkan pendirian China tentang Sidang Kemuncak Kewangan G20, usaha menangani krisis kewangan, dan mendorong pemulihan ekonomi dunia serta situasi ekonomi China.
Menurutnya, negara-negara di dunia perlu mengambil langkah yang sesuai dengan keadaan masing-masing untuk merangsang ekonomi dan meningkatkan penyelarasan dasar ekonomi makro antara satu sama lain. Selain itu, masyarakat antarabangsa perlu memansuhkan fahaman perlindungan perdagangan dan pelaburan serta mengadakan pembaharuan terhadap sistem kewangan antarabangsa.
Katanya, China berkeyakinan penuh dan mempunyai syarat untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan agak pesat. China yang lebih terbuka akan memberikan manfaat kepada masyarakat antarabangsa untuk menangani krisis kewangan dan mendorong kedamaian dan pembangunan dunia.