Cari:
China dan A.S. Berusaha Menjalin Hubungan Kerjasama Positif dan Menyeluruh
2009-04-02 09:19:37 CRI Cetak

Pembangunan hubungan China-A.S. menghadapi peluang baik. Kedua-dua negara sepatutnya bekerjasama untuk menjalinkan hubungan kerjasama, positif dan menyeluruh. Presiden Hu Jintao berkata demikian ketika bertemu dengan Presiden A.S. Barack Obama di London semalam.

Obama pula berkata bahawa hubungan China-A.S. merupakan hubungan dua hala yang paling penting di seluruh dunia. Kedua-dua negara bukan hanya mempunyai hubungan ekonomi yang rapat, tetapi juga mempunyai banyak kepentingan bersama dalam isu antarabangsa dan serantau yang penting.

Kedua-dua pemimpin bersetuju dengan sebulat suara tentang pembentukan mekanisme dialog strategi dan ekonomi China-A.S.. Dialog pusingan pertama akan diadakan di Washington pada musim panas tahun ini. Kedua-dua pihak juga akan meningkatkan dialog dasar dan kerjasama pragmatik dalam bidang tenaga, alam sekitar dan perubahan iklim; memulihkan dan meningkatkan perbincangan mengenai kawalan senjata  dan masalah keselamatan yang lain. Mereka juga akan secepat mungkin memulihkan dialog hak asasi manusia; mendorong pemulihan dan pembangunan hubungan antara tentera kedua-dua negara.

Hu Jintao dan Obama menegaskan bahawa sebagai dua entiti ekonomi yang penting, China dan A.S. akan berusaha bersama negara lain bagi mendorong pemulihan pertumbuhan pesat ekonomi dunia dan menstabilkan sistem kewangan antarabangsa. Kedua-dua pihak secara kukuh menyokong perdagangan dan pelaburan global yang menguntungkan pelbagai pihak, menentang fahaman perlindungan dan memelihara hubungan perdagangan China-A.S. yang sihat dan stabil.

Obama menegaskan, kerajaan A.S. secara teguh berjanji akan mengekalkan dasar satu China serta tiga pengumuman bersama China-A.S.. A.S. mengalu-alukan dan menyokong pemulihan hubungan Tanah Besar dengan Taiwan China dan berharap ia terus berkembang. Tibet pula merupakan sebahagian daripada wilayah China dan A.S. tidak menyokong kemerdekaan Tibet.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China