Cari:
Sidang Kemuncak Kewangan G20 akan Stabilkan Pasaran Kewangan
2009-04-02 09:50:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sidang Kemuncak Kewangan G20 akan dirasmikan hari ini. Menurut laporan laman web rasminya, sidang kemuncak kali ini akan mengambil segala langkah berkesan untuk menstabilkan pasaran kewangan, membantu keluarga dan syarikat bebas daripada kemerosotan, memperbaharui dan memperkukuh sistem kewangan dan ekonomi sejagat, memulihkan keyakinan dan kepercayaan dan mendorong pertumbuhan berterusan ekonomi global.

Sidang kemuncak kali ini tertumpu kepada enam topik, iaitu pemulihan ekonomi global; menambah dana untuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); memulihkan penyediaan wang pinjaman sistem perbankan; meningkatkan penyeliaan kewangan; menentang fahaman perlindungan dan memberi bantuan kewangan kepada negara-negara membangun.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China