Cari:
Hubungan China-Perancis Perlu Patuhi Prinsip Saling Menghormati
2009-04-02 09:19:44 CRI Cetak

China dan Perancis perlu mematuhi prinsip saling menghormati, sama kedudukan dan tidak mencampuri hal ehwal dalam negeri antara satu sama lain. Presiden China Hu Jintao berkata, kedua-dua pihak perlu menyelesaikan perselisihan dan masalah yang sensitif di samping meningkatkan komunikasi dan memperluas kerjasama. Selain itu, kedua-dua pihak perlu memainkan peranan penting dalam menghadapi cabaran global dan berusaha bersama mewujudkan keamanan dan pembangunan sedunia.

Hu Jintao berkata demikian semasa menemui rakan sejawatnya dari Perancis, Nicola Sarkozy di London semalam.

Beliau menegaskan, memandangkan situasi semasa antarabangsa yang rumit ini, China dan Perancis perlu berganding bahu untuk mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara, meningkatkan pertukaran peringkat tinggi dan kerjasama dalam pelbagai bidang, serta meningkatkan komunikasi dan penyelarasan bagi menangani krisis kewangan antarabangsa.

Presiden Sarkozy pula berkata, walau apa pun perubahan dalam hubungan Perancis-China, beliau dengan tegas mengakui mengenai satu China. Taiwan dan Tibet merupakan bahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah negara China. Beliau berasa gembira terhadap pemulihan hubungan rakan strategik dan dialog antara Perancis dengan China. Beliau berharap hubungan kedua-dua negara dapat berkembang dengan stabil dalam bidang politik, ekonomi dan diplomatik.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China