Cari:
China dan Rusia Sedia Tingkatkan Hubungan Rakan Strategi
2009-04-02 09:54:43 CRI Cetak

China dan Rusia sedia tingkatkan hubungan rakan strategik, bersama-sama menangani krisis kewangan global dan meningkatkan kerjasama dalam hal ehwal antarabangsa.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden China, Hu Jintao dan rakan sejawatnya dari Rusia, Dmitry Medvedev di London semalam.

Hu Jintao berkata, hubungan antara China dengan Rusia berkembang pesat pada tahun ini. Keadaan tersebut amat penting untuk menangani krisis kewangan.

Dmitry Medvedev berkata, Rusia akan bersama-sama dengan China menjayakan aktiviti sambutan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara, meningkatkan hubungan rakan strategik serta hubungan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan dan sumber tenaga. Menurutnya, kedua-dua negara juga perlu bersama-sama menangani krisis kewangan serta meningkatkan kerjasama dalam masalah serantau dan antarabangsa. Mengenai isu Tibet, Rusia akan mempertahankan pandangannya tentang isu tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China