Sidang Kemuncak Kewangan Kedua G20 dirasmikan di London hari ini. Pemimpin negara anggota G20, PBB, IMF, Bank Dunia dan Forum Kestabilan Kewangan menghadiri sidang tersebut.
Para pemimpin tersebut mengadakan perbincangan tentang kaedah meningkatkan penyelarasan dasar ekonomi makro, penyeliaan terhadap kewangan antarabangsa, menstabilkan pasaran kewangan antarabangsa, memperbaharui badan kewangan antarabangsa, meredakan krisis kewangan yang kian merebak serta memulihkan ekonomi sejagat. Presiden, Hu Jintao yang berucap pada sidang itu menyatakan pendirian China mengenai perkembangan semasa.
Britain sebagai tuan rumah sidang kali ini mengundang Perdana Menteri Ethiopia dan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika bagi pihak negara-negara Afrika menghadiri sidang kali ini atas permintaan negara-negara membangun . Perdana Menteri Thailand dan Setiausaha Agung ASEAN juga diundang hadir bagi pihak negara-negara Asia Tenggara.