Cari:
Masyarakat Antarabangsa Menilai Tinggi Pertemuan Presiden Hu Jintao dengan Barak Obama
2009-04-02 12:56:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden China, Hu Jintao dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mengadakan pertemuan pertama kali di London semalam bersetuju berusaha untuk merapatkan hubungan bersifat kerjasama, positif dan menyeluruh pada abad ke-21. Mereka juga membentuk sistem dialog strategik dan ekonomi di antara China dengan Amerika Syarikat. Masyarakat antarabangsa memberi perhatian dan menilai tinggi dan positif terhadap pertemuan itu ketika berlakunya krisis kewangan sejagat sekarang.

Pengarah Pusat China dan Jepun Institut Pengajian Ekonomi Dunia dan Hubungan Antarabangsa Akademi Sains Rusia, Vasily Mikheyev berkata pertemuan pemimpin-pemimpin dua negara besar di dunia itu telah memperlihatkan kemampuan  potensi dan masa depan kerjasama bagi menangani krisis kewangan antarabangsa, dan akan membuka masa depan kerjasama yang baru dari kedua-dua negara.

Pengarah Jabatan Pemantauan Ekonomi Sejagat PBB, Hong Pingfan berkata bahawa pertemuan dan kata sepakat yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara China dan Amerika Syarikat itu akan memainkan peranan penting bagi mencapai kejayaan dalam Sidang Kemuncak Kewangan di London.

Dewan Perdagangan Amerika Syarikat dalam kenyataannya yakin sistem dialog strategik dan ekonomi antara A.S dengan China akan mendorong kerjasama kedua-dua negara dalam aspek-aspek yang penting danbermanfaat bagi meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala, bersama-sama menangani fahaman perlindungan perdagangan dan  ketidakseimbangan perdagangan sejagat, mempergiatkan keselamatan sumber tenaga dan meningkatkan perlindungan alam sekitar dan perlindungan hak harta intelek.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China