Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata di London, penyertaannya dalam sidang tersebut bukan sahaja bermaksud menghuraikan pendirian A.S, tetapi juga mendengar pendapat dari negara lain. Beliau yakin negara-negara yang hadir dapat mencari titik persamaan yang besar dan menyisihkan titik perselisihan yang kecil supaya mencapai kata sepakat yang luas.
Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berkata, tindakan konkrit bagi mengenaskinikan pasaran kewangan antarabangsa sepatutnya dipastikan dalam sidang tersebut.
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula Da Silva berkata sebab berlakunya krisis kewangan ialah sikap tidak bertanggungjawab terhadap pasaran kewangan antarabangsa. Pemimpin pelbagai negara yang menyertai sidang sepatutnya berani mengambil keputusan politik.