Cari:
Media Antarabangsa Menilai Tinggi Pertemuan Presiden Hu Jintao dengan Barack Obama
2009-04-02 18:04:53 CRI Cetak

Presiden China, Hu Jintao bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di London hari ini. Kedua-dua pihak bersetuju berusaha untuk membentuk hubungan bersifat kerjasama, positif dan menyeluruh serta sistem dialog strategik dan ekonomi antara China dan A.S pada abad ke-21. Pelbagai kalangan memberi sokongan kepada pembentukan sistem dialog pemimpin kedua-dua negara itu dan menyatakan bahawa pertemuan itu mempunyai erti positif.

Menurut Agensi Berita Kyodo dan Akhbar Ashahi Shinbun Jepun, China dan A.S telah mencapai kata sepakat tentang pembentukan sistem dialog strategik dan ekonomi China-A.S.

Akhbar Singapura "Lianhe Zaobao" yang memaklumkan pertemuan itu menyebut, pemimpin China dan A.S menyatakan akan menentang fahaman perlindungan perdagangan, berusaha bersama-sama untuk memperbaiki hubungan ketenteraan serta membentuk sistem dialog strategik dan ekonomi China-A.S. Akhbar" Straits Times" Singapura pula memuat foto pemimpin kedua-dua negara berjabat tangan, dan memaklumkan bahawa mereka berjanji berusaha bersama-sama untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi sedunia, menjamin bagi merapatkan kerjasama dan menentang fahaman perlindungan perdagangan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China