Presiden Hu Jintao semalam bertemu dengan Perdana Menteri Jepun, Taro Aso, Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dan Putera Mahkota Britain, Putera Charles di London secara berasingan.
Ketika bertemu dengan Taro Aso, Hu Jintao berkata, hubungan China-Jepun berkembang baik pada masa ini. Pemimpin kedua-dua negara telah mengadakan enam kali pertemua pada tahun lalu, kedua-dua pihak mencapai persepakatan yang luas mengenai usaha untuk mendorong hubungan strategik yang saling menguntungkan bagi China dan Jepun. Pembangunan hubungan kedua-dua negara memperlihatkan peluang baik. Hu Jintao mencadangkan agar kedua-dua pihak mengekalkan pertukaran antara kerajaan, parti, badan perundangan dan tentera; mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan; menangani pelbagai masalah dengan berhati-hati berdasarkan empat dokumen politik yang dicapai oleh kedua-dua negara.
Hu Jintao dan Kevin Rudd pula bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala serta isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama kedua-dua pihak.
Ketika Bertemu dengan Luiz Inacio Lula da Silva dari Brazil, Hu Jintao berkata, China berharap dapat meningkatkan pertukaran peringkat tinggi antara kedua-dua pihak, dan bersedia berusaha bersama-sama Brazil supaya dapat menetapkan "rancangan tindakan bersama" yang sebagai panduan bagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang secepat yang mungkin. Luis Inacio Lula da Silva pula menyatakan bahawa China memberikan sumbangan besar bagi kejayaan Sidang Kemuncak G20. Dalam sidang tersebut, negara maju dan negara membangun telah mengadakan rundingan secara sama kedudukan. Para peserta bersetuju untuk bersama-sama mendorong rundingan pusing Doha, menentang faham perlindungan perdagangan. Ini memberi petanda yang positif kepada masyarakat antarabangsa.
Hu Jintao juga bertemu dengan Putera Charles atas undangan baginda. Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai perlindungan bangunan bersejarah dan hutan tropikal.