Sidang Kemuncak Kewangan G20 telah ditutup semalam. Para peserta mencapai persepakatan untuk bekerjasama menangani krisis kewangan global, antaranya dengan mengumpul dana Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan meningkatkan penyeliaan kewangan.
Perdana Menteri Britain, Gondon Brown berkata selepas sidang itu bahawa, para pemimpin G20 bersetuju untuk menyediakan dana sejumlah 1100 bilion Dolar Amerika kepada pelbagai pertubuhan kewangan, termasuk IMF dan Bank Dunia untuk membantu negara-negara yang sedang mengalami kesukaran. Di samping itu, IMF akan memberikan hak meminjam dana khas kepada negara-negara anggotanya demi meningkatkan peredaran dana. Dasar tersebut juga mengutamakan negara membangun yang miskin.
Para pemimpin G20 juga berpendapat perlu dilaksanakan penyeliaan terhadap semua pertubuhan kewangan, produk kewangan dan pasaran kewangan yang berpengaruh di peringkat global, termasuk tabung perlindungan nilai. Selain itu, pemimpin G20 juga bersetuju melaksanakan sekatan terhadap "syurga menghindari tarif".
Sebuah Suruhanjaya Kestabilan Kewangan akan ditubuhkan untuk bekerjasama dengan IMF bagi menjalankan penyeliaan terhadap ekonomi makro global dan pasaran kewangan. Dasar IMF dan Bank Dunia juga akan diperbaharui supaya dapat memberikan hak yang lebih besar kepada entiti ekonomi baru dan negara membangun.
Di samping itu, para pemimpin G20 juga berjanji untuk mengekalkan keterbukaan perdagangan dan pelaburan, menentang faham perlindungan. G20 akan berusaha mendorong pencapaian matlamat pembangunan milenium PBB dan menunaikan janji untuk menyediakan bantuan kepada negara membangun.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan selepas sidang tersebut untuk menyatakan penghargaan terhadap pelbagai persepakatan yang dicapai.
Perdana Menteri India, Manmohan Singh semalam juga menyatakan di London bahawa para pemimpin G20 memutuskan untuk menyediakan dana sejumlah 1100 bilion dolar Amerika kepada pelbagai pertubuhan kewangan antarabangsa, termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Menurut beliau, ini merupakan kejayaan yang bersifat membina dalam sidang kemuncak kali ini.