Presiden China Hu Jintao menyeru supaya ditingkatkan kerjasama dalam penyeliaan kewangan, diperbaiki struktur pengurusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, ditingkatkan perwakilan dan hak bersuara bagi negara-negara membangun, dan disempurnakan sistem mata wang antarabangsa.
Beliau berkata, tugas yang paling mendesak sekarang adalah untuk memulihkan pertumbuhan ekonomi dunia, mengelakkan kemelesetan ekonomi yang serius, menentang faham perlindungan dalam apa jua bentuk, memelihara iklim perdagangan dan pelaburan yang terbuka dan bebas, serta mempercepat pembaharuan yang berkaitan untuk membentuk semula order mata wang antarabangsa.
Hu Jintao menyampaikan ucap utama yang bertajuk: "Berganding Bahu untuk Bekerjasama, Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing"dalam Sidang Kemuncak Kewangan G20 di London hari Khamis lalu.
Dalam ucapannya itu, Hu Jintao menegaskan bahawa China akan terus bersama-sama masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan penyelarasan dasar makroekonomi, mendorong pembaharuan sistem mata wang antarabangsa, memelihara kestabilan sistem perdagangan pelbagai hala, dan menyumbang kepada pemulihan pertumbuhan ekonomi dunia.