Cari:
Kerajaan Vietnam Laksanakan Siri Pendekatan bagi Rangsang Ekonomi
2009-04-03 10:55:10 CRI Cetak

Krisis kewangan yang sedang merebak ke seluruh dunia memberikan kesan ketara terhadap eksport Vietnam. Eksport negara itu menurun dengan jumlah yang besar dan menjadikan pertumbuhan ekonominya bergerak perlahan. Sehubungan dengan itu, kerajaan Vietnam melaksanakan beberapa pendekatan yang bertujuan merangsang pertumbuhan ekonomi dan mempergiatkan eksport.

Kadar pertumbuhan ekonomi Vietnam hanya mencapai 6.23% pada tahun 2008, mencatat rekod paling rendah dalam tempoh 10 tahun lalu. Menurut anggaran yang dibuat oleh Kementerian Perancangan dan Pelaburan negara itu, kadar pertumbuhan ekonomi Vietnam akan terus menurun kepada 4.5% pada suku tahun pertama tahun ini. Jumlah pertumbuhan industri pula hanya mencatat 2.5% pada dua bulan pertama tahun ini, jauh lebih rendah daripada 14.6% yang dicapai pada tahun lepas. Selain itu, jumlah pelaburan asing mencatat 5.3 bilion dolar Amerika, menurun 30% berbanding masa yang sama tahun lepas.

Bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, jumlah eksport Vietnam menurun 5.1% berbanding masa yang sama tahun lalu akibat menurunnya permintaan oleh pasaran Amerika Syarikat, Jepun dan Kesatuan Eropah menurun. Hal ini menyebabkan sesetengah syarikat negara itu terpaksa menghentikan operasi atau hampir bankrap akibat kekurangan modal.

Bagi menangani tempias krisis kewangan global, kerajaan Vietnam mengemukakan rancangan rangsangan ekonomi yang bernilai 1 bilion dolar Amerika pada bulan Februari lalu, yang mengutamakan pemberian pinjaman kepada syarikat domestik. Selain itu, kerajaan Vietnam juga mengemukakan beberapa pendekatan bagi merangsang ekonomi. Ini termasuk mempergiat usaha pengeluaran dan eksport, mengawal kadar pertukaran mata wang asing secara fleksibel dan mempergiatkan penyeliaan terhadap harga barangan.

Walaupun tindakan-tindakan tersebut telah mencapai hasil pada tahap tertentu, namun usaha kerajaan Vietnam bagi merangsang ekonomi tetap menghadapi pelbagai kesukaran. Kerajaan tersebut menyediakan pinjaman dengan faedah yang dikurangkan pada kadar 4% kepada syarikat domestik bermula tahun ini. Walau bagaimanapun, banyak syarikat masih menghadapi kekurangan dari segi kecairan modal dan jaminan kredit. Hal ini terjadi kerana banyak syarikat tidak berani untuk memohon pinjaman daripada bank memandangkan tidak menerima tempahan yang cukup terhadap produk mereka. Oleh yang demikian, sama ada rancangan rangsangan ekonomi boleh berperanan sebagaimana yang diharapkan atau tidak, masih belum diketahui.

Menurut para penganalisis, ekonomi Vietnam kini mengalami kesan yang lebih besar daripada ekonomi dunia ekoran pasaran negara itu yang semakin terbuka kepada luar. Betapa seriusnya kesan akibat krisis kewangan global kepada ekonomi Vietnam kini masih belum lagi diketahui memandangkan krisis ini masih merebak. Kerajaan Vietnam dijangka sukar untuk mengatasi beberapa masalah dalam ekonomi makro dalam jangka pendek, termasuk asas ekonomi yang kurang stabil, kekurangan daya saingan dan kemampuan dalam menghadapi risiko. Oleh yang demikian, ekonomi Vietnam tetap menghadapi cabaran yang agak serius dalam tempoh satu dua tahun akan datang.

Menurut jangkaan yang dibuat dengan optimis, pertumbuhan ekonomi Vietnam akan mencatat 5% hingga 5.5% pada tahun ini, lebih rendah daripada matlamat yang disasarkan oleh kerajaan, iaitu 6.5%.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China