Pelbagai pihak, kini menumpukan perhatian terhadap peningkatan kerjasama serantau bagi menangani krisis kewangan global. Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) yang diusahakan oleh China dan negara-negara ASEAN selama ini akan diwujudkan menjelang tahun 2010 nanti. Beberapa pegawai kerajaan dan sarjana China dalam temu bual dengan wartawan baru-baru ini menyatakan, walaupun negara-negara serantau dilanda krisis kewangan global, namun usaha bagi menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN tetap berjalan dengan lancar
Menurut statistik yang diumumkan baru-baru ini, perdagangan antara China dengan negara-negara ASEAN mengekalkan pertumbuhan yang pesat pada tahun 2008, iaitu melebihi 231.1 bilion dolar Amerika, meningkat 14% berbanding dengan tahun 2007.
Naib Ketua Insititut Pengajian Pembangunan Serantau Akademi Sains Sosial Guangxi, peningkatan jumlah perdagangan dua hala yang pesat dicapai kerana kerjasama China-ASEAN yang menjadi semakin erat dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Beliau menekankan bahawa China dan negara-negara ASEAN sepatutnya "berganding bahu" bagi menangani kesan negatif akibat berkurangnya permintaan yang menurun dengan skop yang besar di pasaran Amerika dan Kesatuan Eropah.
Selain itu, peningkatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak juga boleh dilihat daripada Ekspo China-ASEAN Ke-6 yang akan diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China pada bulan Oktober. Jumlah gerai pameran yang ditawarkan dalam ekspo tersebut tahun ini akan meningkat kepada 4000 buah daripada 3300 buah sebelum ini, bagi memenuhi permintaan syarikat dan peniaga kedua-dua pihak. Ditambah pula, masa berlangsungnya ekspo itu telah dilanjutkan kepada 5 hari, daripada 4 hari sebelum ini.
Kini, usaha meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang kewangan lebih diutamakan oleh setiap negara dalam usaha menangani krisis kewangan. Kerajaan China telah mengesahkan secara perintis pembayaran mata wang RMB bagi perdagangan China-ASEAN di Guangxi baru-baru ini. Mo Xiaosha berkata, sebenarnya pembayaran dengan mata wang RMB telah lama dilakukan di Guangxi bagi perdagangan di kawasan sempadan. Menurut beliau, pembayaran mata wang RMB bagi perdagangan China-ASEAN akan berperanan besar bagi menstabilkan dan merancakkan lagi perdagangan dua hala.
Beberapa usahawan China yang berpengalaman dalam perdagangan dengan negara-negara ASEAN menyatakan, bahawa pembayaran dengan mata wang RMB bagi perdagangan China-ASEAN akan memudahkan kegiatan pelaburan serantau kerana RMB merupakan mata wang yang amat stabil. Di samping itu, hal ini juga berfaedah bagi mengelakkan kesan negatif akibat perubahan kadar pertukaran asing dan mengurangkan kos pengeluaran bagi syarikat-syarikat serantau.
Untuk membincangkan cara kerjasama bagi menangani krisis kewangan, pameran perkhidmatan kewangan dan forum kewangan akan ditawarkan dalam Ekspo China-ASEAN pada tahun ini. Pegawai badan kewangan China dan negara-negara ASEAN, sarjana dari Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia akan menghadiri forum kewangan yang bertema "Krisis Kewangan dan Inovasi Kewangan" tersebut.
Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, Encik Chen Wu ketika diwawancara berkata, walaupun menghadapi banyak cabaran, namun pihaknya akan terus mempergiatkan usaha pintu terbuka dan berkeyakinan untuk menjayakan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan Zon Ekonomi Teluk Beibu."