Cari:
Harapan China terhadap Siri Persidangan Pemimpin Asia Timur
2009-04-08 18:42:52 CRI Cetak

China amat mengutamakan siri persidangan pemimpin negara-negara Asia Timur yang akan diadakan di Thailand tidak lama lagi.

Penolong Menteri Luar China, Hu Zhengyue berkata dalam sidang akhbar di Beijing hari ini, China mempunyai harapan dalam tiga perkara berkait dengan siri persidangan tersebut.

Pertama, China berharap pihak-pihak yang terlibat supaya bertukar-tukar pendapat secara mendalam tentang usaha menangani krisis kewangan dan membantu memulihkan keyakinan terhadap prospek pembangunan Asia.

Kedua, China berharap negara-negara ASEAN supaya terus memberikan sokongan terhadap proses integrasi dan pembinaan komuniti ASEAN, di samping berusaha memperkecil jurang perbezaan pembangunan antara negara anggotanya dan menghulurkan bantuan kepada negara anggota yang kurang maju.

Ketiga, China berharap dapat mempergiat kerjasama dalam rangka "10+1", "10+3" dan kerjasama dengan Jepun dan Republik Korea, terutama dalam mempergiat kerjasama yang pragmatik dan memastikan rakyat di rantau ini boleh menikmati hasil kerjasama Asia Timur.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China