Cari:
Kerjasama ASEAN-China Bermanfaat Bagi Hadapi Krisis Kewangan Sejagat
2009-04-08 16:27:36 CRI Cetak

Beberapa tahun kebelakangan ini, ASEAN dan China yang menjalinkan hubungan yang erat dan meningkatkan persefahaman, bukan sahaja bermanfaat bagi menghadapi krisis kewangan sejagat, tetapi juga amat baik bagi mememlihara kedamaian dan kestabilan di rantau Asia-Pasifik.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata hari ini, usaha mengekalkan sistem perdagangan dan pelaburan yang terbuka amat penting bagi Asia, kerana perkembangan dan pertumbuhan ekonomi di setiap negara bergantung kepada perdagangan.

Semasa menyebut siri persidangan ASEAN yang akan diadakan di Thailand, beliau menerangkan, salah satu matlamat yang penting persidangan tersebut ialah mengeluarkan kenyataan yang untuk menyokong perdagangan bebas serta mengelakkan faham perlindungan. Pemimpin berkenaan akan membincangkan sistem pelbagai hala "Inisiatif Chiang Mai", dan mendorong pelaksanaan sistem itu dengan secepat mungkin. Sistem itu akan menjadi tambahan terhadap fungsi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia serta Peraturan Pertukaran Mata Wang antara Dua Pihak.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China