Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva berkata, persidangan tersebut tidak akan ditangguhkan. Menurut beliau, tentera akan dikerahkan untuk membantu polis mengawal keselamatan ketika berlangsungnya persidangan itu. Beliau memberi jaminan bahawa insiden merosakkan kenderaan seperti yang menimpa kenderaannya sebelum ini tidak akan berlaku lagi.
Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal keselamatan negara, Suthep Thaugsuban pula berkata, jaminan keselamatan dengan piawaian antarabangsa akan ditawarkan kepada para pemimpin dari luar negara.