Cari:
Wen Jiabao: Pembangunan Pentadbiran Bersih Perlu Dipergiatkan
2009-04-09 10:39:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pencegahan rasuah dan pembangunan pentadbiran yang bersih perlu dipergiatkan untuk memberi jaminan kukuh kepada perkembangan ekonomi negara yang mapan dan pesat.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam Sidang Kerja Pembangunan Pentadbiran Bersih Dewan Negara baru-baru ini.

Menurut beliau, tugas utama bagi kerja tersebut pada tahun ini ialah mempertingkatkan penyeliaan terhadap pelaksanaan kuasa oleh pegawai kerajaan, dan berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang merosakkan kepentingan rakyat. Selain itu, pembinaan sistem pencegahan rasuah dan sistem menghukum mereka yang terlibat dalam kes rasuah juga perlu dipercepatkan.

Beliau menegaskan, tindakan perlu diambil untuk memastikan fungsi kerajaan dijalankan dengan betul, dan dasar untuk memperbaiki taraf hidup rakyat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China