Cari:
China akan Terus Mempergiat Kerjasama Saling Menguntungkan dengan ASEAN
2009-04-11 17:51:45 CRI Cetak

Kerajaan Thailand memutuskan menangguhkan sidang kemuncak ASEAN dengan rakan dialognya yang dijadulkan diadakan pada 11 dan 12 April disebabkan situasi yang kacau bilau di negaranya. Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva ketika mengadakan perbualan dengan Perdana Menteri China, Wen Jiabao menerusi telefon di Pattaya, hari ini.

Wen Jiabao berkata, China yang mengutamakan hubungan dengan ASEAN akan terus mempergiat kerjasama saling menguntungkan dengan negara-negara anggota ASEAN dan menyokong proses integrasi ASEAN. Menurut beliau, tugas paling utama bagi kedua-dua pihak pada masa ini adalah bekerjasama untuk menangani tempias krisis kewangan dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan stabil. China akan mengekalkan dasar dan pendekatan dalam mempergiat kerjasama dan interaksi dengan ASEAN dan mendorong proses kerjasama serantau.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China