Pegawai delegasi China memaklumkan pihak media bahawa siri persidangan kemuncak kali ini ditunda.
Persidangan Pemimpin ASEAN-China (10+1) Ke-12 dan Majlis Jamuan Pemimpin China-Jepun-Republik Korea gagal diadakan hari ini menurut jadual, disebabkan tunjuk perasaan antikerajaan Thailand yang menyesakkan jalan.
Pada pagi tadi, kira-kira 2000 orang penyokong Perikatan Demokratik Antidiktator (DAAD) yang berpakaian merah telah menyesakkan jalan dengan teksi dan sekurang-kurangnya 2 buah trek besar. Sekarang, polis negara itu sedang berjaga di luar lokasi sidang tersebut.