Pegawai Kedutaan Besar China ke Thailand menyatakan hari ini bahawa siri Persidangan Pemimpin Asia Timur yang dijadualkan diadakan di Pattaya, Thailand telah dibatalkan. Delegasi China akan pulang ke negara petang ini.
Dimaklumkan, penunjuk perasaan Perikatan Demokratik Antidiktator (DAAD) telah menyerbuk masuk ke lokasi persidangan itu di Pattaya pada jam 1.00 petang tadi dan menyebabkan kekacauan di sana. Oleh sebab persidangan telah diumumkan ditunda sebelum ini, di ruang persidangan tidak terdapat peserta sidang itu.
Dilaporkan lagi, penyokong DAAD telah mengepung kediaman Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva di Bangkok.