Cari:
Wen Jiabao Temui Lee Myung-bak
2009-04-11 15:02:12 CRI Cetak

Perdana Menteri China Wen Jiabao telah menemui Presiden Republik Korea, Lee Myung-bak di Pattaya, Thailand hari ini.

Wen Jiabao berkata, krisis kewangan yang masih menjejas dan menjalar itu telah memberi hentaman yang berat terhadap negara-negara Asia. China dan Republik Korea perlu meningkatkan kerjasama dan interaksi dalam pelbagai bidang, terus memajukan hubungan rakan strategik, dan bersama-sama mengatasi kesukaran. Pertama, kedua-dua negara perlu berusaha memelihara keseimbangan perdagangan dua hala, menghindari penurunan yang besar, dan sama-sama menentang faham perlindungan perdagangan dan pelaburan. Kedua, meningkatkan kerjasama kewangan, melaksanakan perjanjian pertukaran mata wang antara kedua-dua pihak, mendorong multilateralisasi "Inisiatif Chiang Mai", dan meningkatkan skala rizab wang asing. Ketiga, meningkatkan kerjasama dalam rangka G-20, mendorong pembaharuan sistem mata wang kewangan antarabangsa, serta memperoleh lebih banyak hak perwakilan dan hak bersuara terhadap negara membangun dan negara pasaran baru.

Lee Myung-bak menyatakan, pihak Republik Korea bersedia bekerjasama secara lebih mendalam dengan China dalam bidang perdagangan, memelihara pertukaran dan penyelarasan terhadap pembaharuan sistem kewangan antarabangsa, dan bersama-sama mengatasi krisis kewangan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China