Cari:
Wen Jiabao Kembali ke Beijing
2009-04-12 14:59:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao tiba di Beijing pada pukul 10.30 malam semalam selepas mengakhiri lawatannya di Thailand.

Sebelum berlepas dari Thailand, Wen Jiabao mengadakan pertemuan singkat dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Filipina, Gloria Macapagal Arroyo dan Perdana Menteri Myanmar, Thein Sein di lapangan terbang.

Menteri Luar, Yang Jiechi yang mengiringi Wen Jiabao dalam lawatan kali ini berkata, walaupun siri sidang kemuncak gagal diadakan, namun China akan mengekalkan perbincangan yang rapat dengan ASEAN dan negara-negara berkenaan, dan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh semua rancangan kerjasama yang sudah ditetapkan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China