Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan semalam menyeru pihak-pihak berkenaan supaya segera menamatkan tunjuk perasaan di Thailand dengan cara-cara yang damai.
Beliau dalam kenyataannya berkata, siri sidang kemuncak antara ASEAN dengan rakan dialognya berkaitan dengan kepentingan rakyat ASEAN yang seramai 570 juta orang. Pemimpin negara-negara anggota ASEAN dan negara Asia Timur dijadualkan untuk mengadakan perbincangan tentang usaha menangani pelbagai cabaran yang dihadapi bersama, seperti krisis kewangan global, krisis bahan makanan, isu sumber tenaga dan bencana alam.
Kenyataan itu berbunyi, siri sidang kemuncak tersebut mesti diadakan semula kerana cabaran tersebut telah memberikan pengaruh yang besar kepada rantau ini.